Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama
khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata
ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti diri
Tanya. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti diri orang
pertama, kedua dan ketiga. Berikut ini diperincikan penggolongan kata nama.
a) Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama Tunjuk ialah perkataan yang menjadi
pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan
benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjukkan
pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan yang jauh.
b) Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada dua golongan iaitu:
- kata ganti nama diri tanya
- kata ganti nama diri orang
1. Apakah makanan kegemaran kamu?
2. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan mewarna,
bolehlah daftarkan diri anda pada Cikgu Borhan.
3. Jika ada apa-apa masalah bolehlah beritahu Cikgu Mahadi.
4. Dimanakah rumah kamu?
5. Siapaka ketua darjah kamu?
Latihan.
Gariskan dengan kata ganti nama diri tanya yang betul.
sekolah tahun ini?
apa )?
3. Nama cikgu yang baru datang itu ( siapa / apa )?
4.“Rombongan peminangan yang datang itu dengan ( siapa
/apa)?” tanya Fahmi kepada ayah.
5. “( Apakah / Siapakah ) yang datang bersama-sama kamu
semalam?”tanya ayah kepada Farid.
6. (Apakah / Siapakah) binatang yang boleh hidup di darat
dan di air?
Jawab soalan di bawah dengan betul.
1. “Orang yang berada di dalam tandas itu __________?”tanya Fahmi kepada farid.
A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. siapa-siapa
A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. siapa-siapa
2. ____________ yang ditulis oleh Aina ketika berada di dalam kelas itu?
A. Apa
B. Apakah
C. Manakah
D. Siapakah
3. “Ada ____________ yang tidak bersetuju dengan cadangan yang ayah telah+ kemukakan?” tanya ayah kepada anak-anaknya.
A. apa
B. siapa
C. sesiapa
D. mana-mana
4. “Dalam kalangan kamu, _____________kah yang ingin menyertai pertandingan ini?” tanya guru kelas kepada pelajarnya.
A. mana
B. siapa
C. siapa-siapa
D. mana-mana
5. “Awak hendak tampalkan poster itu pada ___________?”tanya ibu.
A. apa
B. siapa
C. mana
D. sesiapa