Pengenalan Kata Nama

Sedikit Sebanyak Mengenai Kata Nama

Kata nama menurut lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama ialah kata yang terletak selepas bilangan atau bilanagan serta penjodoh bilangan. Manakala Abdullah Hassan(2003) memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
                                                                                                              
Zaaba( 1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya. Definisi itu diperluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti akal fikiran, kekuatan dan sebagainya. (OUM,2009).

Menurut Tatabahasa Dewan pula, kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh, berikut dokemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.

                                                             Frasa Nama
Penentu
Kata Nama
Penerang
Beberapa orang
mahasiswa
ekonomi
Semua
kambing
jantan
Segala
perkakas
komputer
Keempat-empat buah
bas
pelancong
Tiap-tiap
bangunan
tinggi


Perkataan-perkataan mahasiswa, kambing, perkakas, bas dan bangunan dalam frasa-frasa diatas ialah kata nama yang menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment