Kata Ganti Nama
| at 16:42
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama
khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata
ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti diri
Tanya. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti diri orang
pertama, kedua dan ketiga. Berikut ini diperincikan penggolongan kata nama.
a) Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama Tunjuk ialah perkataan yang menjadi
pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan
benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjukkan
pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan yang jauh.
b) Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada dua golongan iaitu:
- kata ganti nama diri tanya
- kata ganti nama diri orang
1. Apakah makanan kegemaran kamu?
2. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan mewarna,
bolehlah daftarkan diri anda pada Cikgu Borhan.
3. Jika ada apa-apa masalah bolehlah beritahu Cikgu Mahadi.
4. Dimanakah rumah kamu?
5. Siapaka ketua darjah kamu?
Latihan.
Gariskan dengan kata ganti nama diri tanya yang betul.
sekolah tahun ini?
apa )?
3. Nama cikgu yang baru datang itu ( siapa / apa )?
4.“Rombongan peminangan yang datang itu dengan ( siapa
/apa)?” tanya Fahmi kepada ayah.
5. “( Apakah / Siapakah ) yang datang bersama-sama kamu
semalam?”tanya ayah kepada Farid.
6. (Apakah / Siapakah) binatang yang boleh hidup di darat
dan di air?
Jawab soalan di bawah dengan betul.
1. “Orang yang berada di dalam tandas itu __________?”tanya Fahmi kepada farid.
A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. siapa-siapa
A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. siapa-siapa
2. ____________ yang ditulis oleh Aina ketika berada di dalam kelas itu?
A. Apa
B. Apakah
C. Manakah
D. Siapakah
3. “Ada ____________ yang tidak bersetuju dengan cadangan yang ayah telah+ kemukakan?” tanya ayah kepada anak-anaknya.
A. apa
B. siapa
C. sesiapa
D. mana-mana
4. “Dalam kalangan kamu, _____________kah yang ingin menyertai pertandingan ini?” tanya guru kelas kepada pelajarnya.
A. mana
B. siapa
C. siapa-siapa
D. mana-mana
5. “Awak hendak tampalkan poster itu pada ___________?”tanya ibu.
A. apa
B. siapa
C. mana
D. sesiapa
Kata Nama Am
| at 15:45
Post kali ini cikgu akan membincangkan tentang kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:
Benda
|
alam , benda, cekerawala, pohon, pokok
|
Perkara
|
iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
|
Konsep
|
kedamaian, perpindahan,keadilan
|
Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan cirri-ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, institute atau bukan institute, konkrit atau abstrak, berbilang atau tidak berbilang.
A. Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah
1. Cikgu Ramadhan adalah guru di sekolah itu.
2. Mak Limah rasa gembira apabila anaknya dapat melanjutkan
pelajaran di universiti.
3. Ahmad sentiasa menghormati guru-gurunya.
4. Saya rasa gembira apabila di bawa oleh ayah berkelah di tepi
pantai.
5. Semua buku disusun dengan kemas di atas rak buku.
6. Murid-murid
sedang mengelap cermin tingkap dengan menggunakan kain.
7. Ai
Ling sedang menyapu lantai kelas supaya bersih.
8. Kaki Ali tercedera kerana terjatuh dari motosikal.
9. Salim
berasal dari bandar tetapi sekarang dia menetap di kampung bersama neneknya setelah bapanya meninggal.
B. Baca petikan di bawah kemudian senaraikan kata nama am
yang terdapat dalam petikan tersebut.
Amin ialah seorang murid tahun enam. Dia seorang yang rajin, pintar dan bertanggungjawab. Dia selalu memakai pakaian yang
bersih dan kemas. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua pelajar. Amin kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan
menunggang basikal.
Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat
meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Amin pun pergi ke bilik disiplin untuk memastikan rakan-rakannnya bertugas. Dia juga menolong rakan-rakannya menjalankan tugas mereka. Dia juga turut membantu mereka membuat pengumuman pagi sebelum loceng berbunyi.
Kata Nama Khas
| at 10:21
Kata nama khas mendukung nama rujukan khusus kepada sesuatu nama
orang, haiwan, benda perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan
seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas di tulis dengan huruf
besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan , iaitu kata nama
khas hidup dan kata nama khas bukan hidup. Kata nama khas hidup pula boleh
dibahagikan kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan
manusia.
Contoh:
Nama khas hidup
manusia
|
Nama khas hidup
bukan manusia
|
Nama khas tidak
hidup
|
Muhd Afnan
|
Sang Belang
|
Proton Wira
|
Tan Sri Lee Lam
Tai
|
Si Comel
|
Universiti
Malaya
|
Pendeta Za”ba
|
Hevea Brasilia
|
|
Prof. Dr. Nik
Safiah
|
Vanda Diana (
orkid)
|
4. Sekolah saya akan mengadakan lawatan sambil belajar ke
Menara Berkembar Petronas.
5. Kereta Proton Wira itu dihadiahkan oleh ayah kepada abang
sempena Hari Ulang Tahun yang ke-20.
6. Sehingga kini karya Tan Sri. P. Ramlee masih dikenangkan
sehingga hari ini.
7.Pada Sukan Sea yang lalu pasukan Malaysia telah membawa
pulang 58 pingat emas.
8. Air Terjun Gunung Stong adalah air terjun tertinggi di Asia
Tenggara.
9. Jam Rolex milik abang telah dicuri malam tadi.
10. Arnab peliharaan adik saya bernama Si Koko.
Khas yang terdapat dalam petikan tersebut.
Nama saya Hanif. Saya ada seorang abang namanya Zuhir.Saya
memanggilnya, Abang Zuhir.
Selepas tamat belajar di sekolah menengah,
Abang Zuhir melanjutkan pelajaran di Universiti Sains
Malaysia di Pulau Pinang. Beliau
mengambil kursus Sains Hayat. Sekarang, Abang Zuhir bekerja sebagai doktor .
Abang zuhir bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Walaupun Abang Zuhir sibuk dengan tugasnya
dia selalau pul;ang ke kampung. Saya berasa bangga akan Abang Zuhir kerana
berjaya mencapai cita-citanya.
C. Lihat dengan teliti video di bawah kemudian senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam potongan filem tersebut.
Penggolongan Kata Nama
| at 10:06
Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna
perkataan kepada tiga kumpulan iaitu kata
nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
KATA
NAMA
|
Kata Nama Khas
|
Kata Nama Am
|
|
Kata Ganti Nama
|
Pengenalan Kata Nama
| at 09:46
Sedikit Sebanyak Mengenai Kata Nama
Kata nama menurut lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama ialah kata
yang terletak selepas bilangan atau bilanagan serta penjodoh bilangan. Manakala
Abdullah Hassan(2003) memberikan definisi kata nama sebagai kata yang
menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
Zaaba( 1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang
menyebut benda atau orang dan sebagainya. Definisi itu diperluaskan dengan
meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau
dipegang seperti akal fikiran, kekuatan dan sebagainya. (OUM,2009).
Menurut Tatabahasa Dewan pula, kata nama ialah sejumlah perkataan
yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan
demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh, berikut
dokemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama
sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau
penerangnya.
Frasa Nama
Penentu
|
Kata Nama
|
Penerang
|
Beberapa orang
|
mahasiswa
|
ekonomi
|
Semua
|
kambing
|
jantan
|
Segala
|
perkakas
|
komputer
|
Keempat-empat buah
|
bas
|
pelancong
|
Tiap-tiap
|
bangunan
|
tinggi
|
Perkataan-perkataan mahasiswa, kambing, perkakas, bas dan bangunan
dalam frasa-frasa diatas ialah kata nama yang menjadi unsur inti binaan setiap
frasa namanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)