kata nama am 1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kata Ganti Nama


Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti diri Tanya. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti diri orang pertama, kedua dan ketiga. Berikut ini diperincikan penggolongan kata nama.


a) Kata Ganti Nama Tunjuk
     Kata Ganti Nama Tunjuk ialah perkataan yang menjadi      
     pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan   
     benda   atau perkara yang dirujuk itu.

     Ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjukkan   
     pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan yang jauh. 

b) Kata Ganti Nama Diri
     Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada dua golongan iaitu: 

  • kata ganti nama diri tanya
  • kata ganti nama diri orang
Contoh ayat kata ganti nama diri tanya.

1. Apakah makanan kegemaran kamu?

2. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan mewarna,                                                            
      bolehlah daftarkan diri anda pada Cikgu Borhan.

3. Jika ada apa-apa masalah bolehlah beritahu Cikgu Mahadi.

4. Dimanakah rumah kamu?

5. Siapaka ketua darjah kamu?
     

Latihan.

Gariskan dengan kata ganti nama diri tanya yang betul.


1. (Apakah / Siapakah ) yang menjadi ketua pelajar  
    sekolah tahun ini?             

2. Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ( mana /   
    apa )?

3. Nama cikgu yang baru datang itu ( siapa / apa )?

4.“Rombongan peminangan yang datang itu dengan ( siapa 
   /apa)?” tanya Fahmi kepada ayah.
  

5. “( Apakah / Siapakah ) yang datang bersama-sama kamu 
     semalam?”tanya ayah kepada Farid.

6. (Apakah / Siapakah) binatang yang boleh hidup di darat   
    dan di air?

Jawab soalan di bawah dengan betul.

1. “Orang yang berada di dalam tandas itu __________?”tanya Fahmi kepada farid.

A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. siapa-siapa


2. ____________ yang ditulis oleh Aina ketika berada di dalam kelas itu?

A. Apa
B. Apakah
C. Manakah
D. Siapakah


3. “Ada ____________ yang tidak bersetuju dengan cadangan yang ayah telah+ kemukakan?” tanya ayah kepada anak-anaknya.

A. apa 
B. siapa
C. sesiapa
D. mana-mana



4. “Dalam kalangan kamu, _____________kah yang ingin menyertai pertandingan ini?” tanya guru kelas kepada pelajarnya.

A. mana 
B. siapa
C. siapa-siapa
D. mana-mana


5. “Awak hendak tampalkan poster itu pada ___________?”tanya ibu.

A. apa 
B. siapa
C. mana
D. sesiapa






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kata Nama Am


Post kali ini cikgu akan membincangkan tentang kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada bendaperkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:



Benda
alam , benda, cekerawala, pohon, pokok
Perkara
iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
Konsep
kedamaian, perpindahan,keadilan


Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan cirri-ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, institute atau bukan institute, konkrit atau abstrak, berbilang atau tidak berbilang.




Latihan


A. Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah


1.  Cikgu Ramadhan adalah guru di sekolah itu.


2.  Mak Limah rasa gembira apabila anaknya dapat melanjutkan   
     pelajaran di universiti.


3.  Ahmad sentiasa menghormati guru-gurunya.


4.  Saya rasa gembira apabila di bawa oleh ayah berkelah di tepi                                                                                                 
     pantai.


5.    Semua buku disusun dengan kemas di atas rak buku.


6.    Murid-murid sedang mengelap cermin tingkap dengan menggunakan kain.

7.    Ai Ling sedang menyapu lantai kelas supaya bersih.

8.    Kaki  Ali tercedera kerana terjatuh dari motosikal.

9.    Salim berasal dari bandar tetapi sekarang dia menetap di kampung bersama neneknya setelah bapanya meninggal.


B. Baca petikan di bawah kemudian senaraikan kata nama am           
     yang terdapat dalam petikan tersebut.

         Amin ialah seorang murid tahun enam. Dia seorang yang rajin, pintar dan bertanggungjawab. Dia selalu memakai pakaian yang bersih dan kemas. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua pelajar. Amin kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.
      
       Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Amin pun pergi ke bilik disiplin untuk memastikan rakan-rakannnya bertugas. Dia juga menolong rakan-rakannya menjalankan tugas  mereka. Dia juga turut membantu mereka membuat pengumuman pagi sebelum loceng berbunyi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kata Nama Khas


                                      
Kata nama khas mendukung nama rujukan khusus kepada sesuatu nama orang, haiwan, benda perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas di tulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan , iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas bukan hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia


Contoh:

Nama khas hidup manusia
Nama khas hidup bukan    manusia
Nama khas tidak hidup
Muhd Afnan
Sang Belang
Proton Wira
Tan Sri Lee Lam Tai
Si Comel
Universiti Malaya
Pendeta Za”ba
Hevea Brasilia
Toyota
Prof. Dr. Nik Safiah
Vanda Diana ( orkid)
India

 Contoh ayat:

1. Muhd Afnan gemar makan durian.

2. Kucing yang berbulu lebat itu diberi nama Si Comel.

3. Ayah saya akan menghadiri seminar di India pada 12 April 2011.


4. Sekolah saya akan mengadakan lawatan sambil belajar ke           
    Menara Berkembar Petronas.


5. Kereta Proton Wira itu dihadiahkan oleh ayah kepada abang                    
    sempena Hari Ulang Tahun yang ke-20.




6. Sehingga kini karya Tan Sri. P. Ramlee masih dikenangkan                                            
    sehingga hari ini.





7.Pada Sukan Sea yang lalu pasukan Malaysia telah membawa     
   pulang 58 pingat emas.





8. Air Terjun Gunung Stong adalah air terjun tertinggi di Asia          
    Tenggara.





9. Jam Rolex milik abang telah dicuri malam tadi. 





 10. Arnab peliharaan adik saya bernama Si Koko.






LATIHAN.

A. Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.


1.  Cikgu Murni mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal.


2.  Kereta Lamborghini Gallardo itu baru dibeli oleh ayah.


3.  Adik sedang membaca buku cerita yang berjudul Si Belang yang 
     garang.


4.  Laptop Dell itu telah dihadiahkan oleh ayah kepada abang.


5.  Pak Hamid sangat baik hati walaupun dia miskin.


6.  Vila Kasih itu milik ahli perniagaan yang terkenal.


B. Baca petikan di bawah, kemudian senaraikan Kata Nama       
     Khas yang terdapat dalam petikan tersebut.


      Nama saya Hanif. Saya ada seorang abang namanya Zuhir.Saya memanggilnya, Abang  Zuhir.
 
  Selepas tamat belajar di sekolah menengah, Abang  Zuhir  melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia  di Pulau Pinang. Beliau mengambil kursus Sains Hayat. Sekarang, Abang Zuhir bekerja sebagai doktor . Abang zuhir bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.
 
  Walaupun Abang Zuhir sibuk dengan tugasnya dia selalau pul;ang ke kampung. Saya berasa bangga akan Abang Zuhir kerana berjaya mencapai cita-citanya.     


C. Lihat dengan teliti video di bawah kemudian senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam potongan filem tersebut.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Penggolongan Kata Nama


Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama


KATA NAMA
Kata Nama Khas
Kata Nama Am
Kata Ganti Nama



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengenalan Kata Nama

Sedikit Sebanyak Mengenai Kata Nama

Kata nama menurut lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama ialah kata yang terletak selepas bilangan atau bilanagan serta penjodoh bilangan. Manakala Abdullah Hassan(2003) memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
                                                                                                              
Zaaba( 1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan sebagainya. Definisi itu diperluaskan dengan meliputi apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti akal fikiran, kekuatan dan sebagainya. (OUM,2009).

Menurut Tatabahasa Dewan pula, kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Sebagai contoh, berikut dokemukakan beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya.

                                                             Frasa Nama
Penentu
Kata Nama
Penerang
Beberapa orang
mahasiswa
ekonomi
Semua
kambing
jantan
Segala
perkakas
komputer
Keempat-empat buah
bas
pelancong
Tiap-tiap
bangunan
tinggi


Perkataan-perkataan mahasiswa, kambing, perkakas, bas dan bangunan dalam frasa-frasa diatas ialah kata nama yang menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sekapur sireh


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia. sebelum saya menconteng lebih banyak dalam blog saya, izinkan saya kenalkan diri saya nama saya Rosimah binti Ismail. Saya sedang bertugas di sebuah sekolah di jajahan Tanah Merah. Seperti yang kita tahu, blog ini di bangunkan atas sebab tugasan yang telah di berikan pada sem ni. Dengan erti kata lain assignmen. Akhir sekali saya memohon  maaf jika ada post saya yang boleh mengguris perasaan cikgu-cikgu dan jika ada salah silap harap ditunjuk ajar. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments