Kata Nama Am


Post kali ini cikgu akan membincangkan tentang kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada bendaperkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:



Benda
alam , benda, cekerawala, pohon, pokok
Perkara
iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
Konsep
kedamaian, perpindahan,keadilan


Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan cirri-ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, institute atau bukan institute, konkrit atau abstrak, berbilang atau tidak berbilang.




Latihan


A. Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah


1.  Cikgu Ramadhan adalah guru di sekolah itu.


2.  Mak Limah rasa gembira apabila anaknya dapat melanjutkan   
     pelajaran di universiti.


3.  Ahmad sentiasa menghormati guru-gurunya.


4.  Saya rasa gembira apabila di bawa oleh ayah berkelah di tepi                                                                                                 
     pantai.


5.    Semua buku disusun dengan kemas di atas rak buku.


6.    Murid-murid sedang mengelap cermin tingkap dengan menggunakan kain.

7.    Ai Ling sedang menyapu lantai kelas supaya bersih.

8.    Kaki  Ali tercedera kerana terjatuh dari motosikal.

9.    Salim berasal dari bandar tetapi sekarang dia menetap di kampung bersama neneknya setelah bapanya meninggal.


B. Baca petikan di bawah kemudian senaraikan kata nama am           
     yang terdapat dalam petikan tersebut.

         Amin ialah seorang murid tahun enam. Dia seorang yang rajin, pintar dan bertanggungjawab. Dia selalu memakai pakaian yang bersih dan kemas. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua pelajar. Amin kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.
      
       Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Amin pun pergi ke bilik disiplin untuk memastikan rakan-rakannnya bertugas. Dia juga menolong rakan-rakannya menjalankan tugas  mereka. Dia juga turut membantu mereka membuat pengumuman pagi sebelum loceng berbunyi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment