Kata Nama Khas


                                      
Kata nama khas mendukung nama rujukan khusus kepada sesuatu nama orang, haiwan, benda perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas di tulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan , iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas bukan hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia


Contoh:

Nama khas hidup manusia
Nama khas hidup bukan    manusia
Nama khas tidak hidup
Muhd Afnan
Sang Belang
Proton Wira
Tan Sri Lee Lam Tai
Si Comel
Universiti Malaya
Pendeta Za”ba
Hevea Brasilia
Toyota
Prof. Dr. Nik Safiah
Vanda Diana ( orkid)
India

 Contoh ayat:

1. Muhd Afnan gemar makan durian.

2. Kucing yang berbulu lebat itu diberi nama Si Comel.

3. Ayah saya akan menghadiri seminar di India pada 12 April 2011.


4. Sekolah saya akan mengadakan lawatan sambil belajar ke           
    Menara Berkembar Petronas.


5. Kereta Proton Wira itu dihadiahkan oleh ayah kepada abang                    
    sempena Hari Ulang Tahun yang ke-20.




6. Sehingga kini karya Tan Sri. P. Ramlee masih dikenangkan                                            
    sehingga hari ini.





7.Pada Sukan Sea yang lalu pasukan Malaysia telah membawa     
   pulang 58 pingat emas.





8. Air Terjun Gunung Stong adalah air terjun tertinggi di Asia          
    Tenggara.





9. Jam Rolex milik abang telah dicuri malam tadi. 





 10. Arnab peliharaan adik saya bernama Si Koko.






LATIHAN.

A. Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.


1.  Cikgu Murni mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal.


2.  Kereta Lamborghini Gallardo itu baru dibeli oleh ayah.


3.  Adik sedang membaca buku cerita yang berjudul Si Belang yang 
     garang.


4.  Laptop Dell itu telah dihadiahkan oleh ayah kepada abang.


5.  Pak Hamid sangat baik hati walaupun dia miskin.


6.  Vila Kasih itu milik ahli perniagaan yang terkenal.


B. Baca petikan di bawah, kemudian senaraikan Kata Nama       
     Khas yang terdapat dalam petikan tersebut.


      Nama saya Hanif. Saya ada seorang abang namanya Zuhir.Saya memanggilnya, Abang  Zuhir.
 
  Selepas tamat belajar di sekolah menengah, Abang  Zuhir  melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia  di Pulau Pinang. Beliau mengambil kursus Sains Hayat. Sekarang, Abang Zuhir bekerja sebagai doktor . Abang zuhir bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.
 
  Walaupun Abang Zuhir sibuk dengan tugasnya dia selalau pul;ang ke kampung. Saya berasa bangga akan Abang Zuhir kerana berjaya mencapai cita-citanya.     


C. Lihat dengan teliti video di bawah kemudian senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam potongan filem tersebut.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment