Kata Nama Am
Post kali ini cikgu akan membincangkan tentang kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:
Benda
|
alam , benda, cekerawala, pohon, pokok
|
Perkara
|
iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
|
Konsep
|
kedamaian, perpindahan,keadilan
|
Kata nama am boleh pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan cirri-ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, institute atau bukan institute, konkrit atau abstrak, berbilang atau tidak berbilang.
A. Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat di bawah
1. Cikgu Ramadhan adalah guru di sekolah itu.
2. Mak Limah rasa gembira apabila anaknya dapat melanjutkan
pelajaran di universiti.
3. Ahmad sentiasa menghormati guru-gurunya.
4. Saya rasa gembira apabila di bawa oleh ayah berkelah di tepi
pantai.
5. Semua buku disusun dengan kemas di atas rak buku.
6. Murid-murid
sedang mengelap cermin tingkap dengan menggunakan kain.
7. Ai
Ling sedang menyapu lantai kelas supaya bersih.
8. Kaki Ali tercedera kerana terjatuh dari motosikal.
9. Salim
berasal dari bandar tetapi sekarang dia menetap di kampung bersama neneknya setelah bapanya meninggal.
B. Baca petikan di bawah kemudian senaraikan kata nama am
yang terdapat dalam petikan tersebut.
Amin ialah seorang murid tahun enam. Dia seorang yang rajin, pintar dan bertanggungjawab. Dia selalu memakai pakaian yang
bersih dan kemas. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua pelajar. Amin kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan
menunggang basikal.
Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat
meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Amin pun pergi ke bilik disiplin untuk memastikan rakan-rakannnya bertugas. Dia juga menolong rakan-rakannya menjalankan tugas mereka. Dia juga turut membantu mereka membuat pengumuman pagi sebelum loceng berbunyi.
0 comments:
Post a Comment